Tanggungjawab Suami


Suami yang soleh sangat bertanggungjawab kepada keluarganya

Keluarganya dibawa mencintai dan menakuti Tuhannya

Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia

Syariat Tuhannya adalah disiplin di dalam rumahtangganya

Tanggungjawab dunianya suami tidak pula mencuaikannya

Makan minum, pakaian, tempat tinggal diurus dengan baiknya

Tunjuk ajar, nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya yang paling utama

Kasih sayang, timbang rasa kepada anak-anak dan isteri-isterinya menjadi budaya

Karenah anak-anak dan isteri-isterinya dia sabar menanggungnya

Dihadapi dengan lemah lembut, tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya

Sentiasa mendoakan mereka, berlapang dada amalan hidupnya

Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada di dalam sikapnya

Suami yang soleh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya

Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka

Urusan Akhirat sangat diutamakannya

Urusan dunia tidak pula diabaikannya, di waktu mereka memerlukannya

Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri sentiasa dimaafkannya

Mereka dididik penuh bijaksana dengan tabahnya

Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya

Rasa bersama bekerjasama, Tuhan diutama, keluarga bahagia

Begitulah suami yang soleh sentiasa bertanggungjawab kepada keluarga

Kerana takutnya dengan Tuhannya dia sangat mengambil berat keluarganya

Anak-anaknya dan isteri-isteri sangat taat dan menghormatinya

Kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi